REYNOSA: Angka korban mangsa letupan saluran paip gas di loji pengedaran berhampiran sempadan Amerika Syarikat meningkat kepada 29 manakala sekurang-kurangnya 46 yang lain parah dan berpuluh lagi dipercayai hilang, demikian menurut kenyataan pemilik syarikat minyak Mexico terbabit.Pengarah syarikat milik negara, Petroleos Mexicanos, Juan Jose Suarez berkata, sekurang-kurangnya lima pekerja tidak kelihatan selepas letupan berlaku. Pada Selasa lalu, syarikat itu yang dikenali sebagai Pemex berkata menerusi akaun Twitter bahawa seramai tujuh mangsa tidak dapat dikesan.Presiden Felipe Calderon berkata, tindakan pantas pasukan kecemasan berjaya menghalang kejadian itu menjadi lebih buruk apabila berjaya mengawal api sebelum sampai ke tangki besar loji pemprosesan gas berhampiran. - AP