MANILA: Pengawal pantai Filipina mengesahkan sebuah bot penumpang karam di perairan negara itu.Seramai tujuh penumpang dilaporkan mati lemas manakala lima lagi masih hilang. Bot tersebut yang membawa 27 penumpang berlepas dari Kepulauan Sipangkot sebelum karam di Bongao, ibu negeri Kepulauan Tawi-Tawi, awal pagi Khamis.Seramai 15 penumpang berjaya diselamatkan dan usaha mengesan lima mangsa yang hilang sedang dipergiatkan.Bagaimanapun punca nahas masih belum dapat dipastikan.Hujan monsun dan ribut kencang melanda sebahagian besar wilayah Filipina.