suria

Toyota Akan Perkenal 21 Model Baru Hibrid

TOKYO: Gergasi automobil, Toyota pada Isnin mengumumkan yang ia bercadang untuk memperkenalkan 21 lagi model baru hibrid dan melancarkan kereta elektrik pertama sepenuhnya tahun ini dalam usahanya untuk menjadi lebih mesra alam dan meningkatkan jualan.

Menurut Toyot, model baru hibrid yang pertama dalam siri 21 buah model baru hibrid akan dilancarkan pada penghujung 2015.

Toyota juga menjangkakan, jualan model hibridnya di seluruh dunia akan mencecah satu juta unit bermula dari 2013 hingga 2015.

Naib Pengerusi Toyota, Takeshi Uchiyamada berkata, firma itu akan terus memberikan fokus yang tinggi kepada model hibrid sebagai model masa depan.

"Jika kami meningkatkan pembangunan untuk model hibrid, kami boleh menjadi peneraju utama model hibrid pada masa hadapan," ujarnya lagi dalam satu sidang akhbar di sini.

Toyota adalah salah satu peneraju utama dalam menghasilkan kenderaan hibrid iaitu model yang berfungsi menggunakan tenaga minyak dan juga elektrik.

Model hibridnya yang pertama ialah Prius yang dilancarkan pada 1997.

Sejak itu, pengeluar-pengeluar kenderaan yang lain berlumba-lumba dalam menghasilkan model hibrid dengan pembaharuan yang lebih canggih.

Menurut Toyota lagi, daripada 21 model hibrid yang akan dilancarkan nanti, 14 model adalah merupakan model baru sama sekali manakala yang selebihnya adalah peningkatan spesifikasi dari model hibrid sebelum itu.

Pada masa yang sama Toyota turut mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk menjual model kereta elektriknya yang baru yang akan dikenali sebagai "the eQ", pada harga 3.6 juta yen (AS$46,000) di pasaran Jepun dan juga Amerika mulai Disember ini.

Buat permulaan 100 unit kenderaan elektrik itu akan diperkenalkan menggunakan bateri lithium-ion sepenuhnya dengan kekuatan 104 watt sekilometer.

Di Amerika Syarikat, Toyota akan memperkenalkan satu lagi model kereta elektrik sepenuhnya iaitu "RAV4 EV", bermula bulan ini.

Artikel Sebelum

Wartawan TV Terbunuh Di Syria

Artikel Berikut

Artikel Lain