suria

Bekas PM Jepun Menang Pemilihan Parti

Shinzo Abe
Shinzo Abe
Shinzo Abe

TOKYO: Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memenangi pilihan raya parti pada Rabu, sekaligus menjadikan beliau pemimpin kumpulan pembangkang di negara itu.

Kemenangan itu juga bakal membolehkan beliau bertanding sebagai Perdana Menteri Jepun dalam pilihan raya akan datang yang dijangka diadakan tahun ini.

Abe menewaskan Shigeru Ishiba bagi meneruskan kepimpinannya dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) negara itu.

Dalam ucapan selepas kemenangannya, Abe berikrar untuk bekerjasama dengan penggubal undang-undang dan berhasrat menempatkan kembali LDP ke dalam kerajaan.

"Bukan sahaja untuk diri kita, bukan sahaja untuk LDP tetapi bagi tujuan membina Jepun agar lebih kuat, makmur, dan menjadikan rakyat bangga menjadi rakyat negara ini," katanya. AFP

Artikel Sebelum

Wartawan TV Terbunuh Di Syria

Artikel Berikut

Arkitek Terkemuka Australia Lawat KL

Artikel Lain