KATHMANDU: Seramai 19 orang dipercayai terbunuh apabila sebuah jet terhempas berhampiran Gunung Everest, di Nepal, Jumaat."Pesawat Sita Air yang membawa 16 penumpang serta tiga anak kapal terhempas berdekatan Lapangan Terbang Kathmandu. Anggota penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran," kata jurucakap polis, Binod Singh. Tambahnya pesawat baru berlepas beberapa minit dalam penerbangan ke Lukla, bandar kecil di timur laut Nepal yang menjadi pintu masuk ke Everest. AFP