suria

Dua Maut Dalam Letupan Bom Di Selatan Filipina

MANILA: Polis berkata, sebuah bom buatan sendiri meletup berhampiran dengan sebuah hotel di selatan Filipina yang mengorbankan dua orang, dan mencederakan dua pegawai.

Ketua Polis bandar Cagayan de Oro, Gerardo Rosales berkata, tiada motif atau suspek yang dikenali pasti dalam letupan yang berlaku pada pagi Khamis.

Seorang yang berada di tempat kejadian terbunuh serta-merta dan seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Tiada pengunjung atau kakitangan hotel yang cedera.

Rosales berkata, dua pegawai yang bertanggungjawab terhadap beberapa lelaki yang tidak dikenali bersikap mencurigakan melihat sebuah bekas logam kecil berhampiran hotel dan memanggil skuad bom.

Kedua-dua pegawai itu cedera apabila peranti itu meletup apabila mereka mahu mengundurkan diri. – AP

Artikel Lain