suria

Bekas Calon Presiden AS, McGovern Meninggal Dunia

WASHINGTON: Bekas senator Amerika Syarikat (AS), George McGovern, seorang ikon politik liberal dan berjuang menamatkan Perang Vietnam tetapi kalah tipis ketika pemilihan presiden kepada Richard Nixon pada 1972, meninggal dunia pada Isnin.

McGovern, 90, meninggal dunia jam 5.15 pagi waktu tempatan di Dougherty Hospice House di Sioux Falls, Dakota Selatan.

Dalam satu kenyataan, senator selama tiga penggal dan bekas juruterbang jet pengebom pada Perang Dunia Kedua itu dikatakan bertanggungjawab dalam menarik keanggotaan wanita, belia dan kumpulan minoriti ke dalam Parti Demokrat.

"Kami amat bangga kerana ayah kami yang panjang umur, berjaya menghabiskan kehidupannya memperjuangkan isu kebuluran dan keamanan global," kata kenyataan dari keluarganya.

Presiden Barack Obama menyifatkan McGovern seorang tokoh yang hebat yang memperjuangkan hayatnya untuk negara. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain