NEW DELHI: Sukarelewan di India yang dilengkapi dengan gendang dan wisel ditugaskan untuk bertindak keras supaya orang ramai pergi ke tandas di bawah skim baru di negeri Rajasthan, menurut satu laporan pada Isnin.“Kami sedang membina tandas-tandas awam… dan orang ramai digalakkan untuk menggunakannya,” kata Ketua Majlis Daerah Jhunjhunu di negeri itu, Ramniwas Jat kepada Times of India. “Kami mahu meningkatkan tahap kesedaran membantah amalan membuang air kecil di tempat awam, di mana melahirkan idea untuk memukul gendang dan meniup wisel.The Times berkata, para sukarelawan itu, akan dibayar gaji kecil, akan memalukan orang ramai yang ditangkap kerana membuang air kecil atau membuang air besar dengan berdiri di belakang mereka dan membuat bunyi bising.Nama mereka yang bersalah akan dibacakan menerusi satu sistem pengumuman.Membuang air secara terbuka menjadi isu sosial yang serius di India, yang menyentuh aspek kesihatan, kebersihan, hak-hak wanita serta pertembungan antara gaya hidup moden dan tradisional.Wanita sering enggan untuk pergi “tandas” di luar pada waktu siang bagi memelihara kehormatan mereka, menyebabkan mereka terpaksa pergi sebelum subuh atau menunggu berjam-jam menjelang malam.Dengan berjalan kaki ayam di mana penduduk kampung membuang air besar setiap hari juga akan menyebabkan penyakit seperti cacing merebak, dan ramai kanak-kanak bermain berhampiran dengan kawasan “tandas luar” itu.Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jairam Ramesh menggalakkan pasangan yang akan berkahwin akan datang bagi mencari rumah untuk keluarga yang mempunyai tandas tertutup sebelum menerima sebarang lamaran kahwin.Terdahulu pada awal tahun ini, beliau berkata, India sepatutnya malu kerana hampir 60 peratus orang di seluruh dunia yang membuang air secara terbuka adalah di India. - AFP