TOKYO: Kos membersih dan membayar ganti rugi akibat kebocoran radiasi nuklear pada loji nuklear Fukushima tahun lalu akan mencecah kepada AS$125 bilion.Menurut operator loji berkenaan, Tokyo Electric Power Company (TEPCO), jumlah yang dianggarkan pada April lalu kini tidak lagi realistik. Kemudahan loji nuklear itu yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik kini berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya.Kerajaan mengambil alih operasi loji berkenaan sebagai langkah menhalangnya daripada jatuh bankrap.TEPCO kini sedang berusaha membina bangunan pejabatnya yang baru di Fukushima dan mewujudkan sekurang-kurangnya 4,000 pekerjaan baru.