MEXICO: Muhammad Ali, bekas juara tinju heavyweight dunia diberikan pengiktirafan sebagai “Raja Tinju” pada Konvensyen Majlis Tinju Dunia (WBC) ke-50.
Konvensyen itu bermula pada Isnin di pantai peranginan Carribean di Mexico, Cancun.
Pemahkotaan Ali merupakan salah satu acara utama konvensyen itu yang meraikan ulang tahun ke-50, diketuai oleh Jose Sulaiman.
Pengiktirafan Ali sebagai “Raja Tinju” di atas pencapaiannya yang cemerlang sepanjang hayat dalam sukan tinju.