suria

Google Pantau Pelajar Korea Utara Guna Internet

PYONGYANG, Korea Utara: Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt akan melihat sendiri secara langsung bagaimana para pelajar di universiti terkemuka Korea Utara menggunakan Internet termasuk Google.

Delegasi dari Amerika Syarikat termasuk Schmidt dan bekas Gabenor New Mexico, Bill Richardson melakukan kunjungan ke Universiti Kim Il Sung di Pyongyang pada Selasa.

Para pelajar menunjukkan kepada delegasi tersebut cara bagaimana mereka mencari dokumen-dokumen mengggunakan Google dan Wikipedia.

Richardson mengetuai delegasi kunjungan yang dianggap bersifat peribadi dan berperikemanusiaan ke Korea Utara.

Negara itu dianggap memiliki dasar penggunaan Internet yang paling ketat di dunia.

Beberapa rakyat di negara itu boleh mengakses laman web Intranet tempatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan penggunaan komputer.

Namun hanya sebilangan kecil yang dibenarkan untuk melayari pautan World Wide Web.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain