suria

Beijing Terdedah Pencemaran Udara

BEIJING: Kabus tebal menyelubungi bahagian timur dan tengah China semalam dengan paras pencemaran di Beijing mencapai tahap berbahaya buat hari kedua berturut-turut.

Pusat amaran persekitaran perbandaran mengeluarkan amaran dengan menasihatkan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mengalami masalah pernafasan di ibu negara ini supaya tidak keluar dari rumah masing-masing.

Agensi berita Xinhua melaporkan, mereka yang keluar dilihat memakai topeng muka sebagai perlindungan dengan jarak penglihatan yang rendah ekoran langit dan matahari terlindung oleh kabus.

Kualiti udara di Beijing menunjukkan habuk bawaan udara dengan diameter kecil boleh memasuki paru-paru pada bacaan 456 mikrogram per meter padu dengan paras normal ialah di bawah 100 mikrogram. - AFP

Artikel Sebelum

Turki Desak Penjelasan Perancis

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan