suria

Enam Ditahan Rogol Wanita Dalam Bas di India

AMRITSAR (India): Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar dalam bas di New Delhi, India. Mangsa yang menaiki bas tersebut dalam perjalanan ke rumah keluarga mertuanya di utara daerah Punjab apabila dia diculik dan di bawa ke kota suci Sikh Amritstar, kata pegawai polis tempatan Raj Jeet Singh.

Lima lelaki termasuk pemandu dan konduktor telah membawa wanita berkenaan menunggang motosikal ke sebuah tempat yang tidak dikenali dan merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum meninggalkan mangsa berhampiran dengan kampung mertuanya pagi Sabtu, katanya.

"Enam lelaki ditahan atas kesalahan merogol wanita berumur 29 tahun dengan paksaan serta membawa mangsa ke lokasi yang tidak dikenali pada malam 11 Januari lalu," kata polis kepada AFP sambil menambah bahawa suspek juga sedang diburu.

"Selepas diculik, wanita berkenaan dirogol bergilir-gilir sepanjang malam oleh tujuh suspek.

"Selepas merogol mangsa sepanjang malam itu , seorang daripada tertuduh meninggalkan dia dekat rumah mertuanya dan keesokan paginya mangsa mula menceritakan kejadian malang yang berlaku kepada kedua orang kakak iparnya," katanya.

Bagaiamanapun, tahap kecederaan mangsa masih belum dimaklumkan.

Serangan yang berlaku hampir sama dengan kes rogol beramai-ramai pada 16 Disember melibatkan 5 orang lelaki yang merogol dan membunuh pelajar berusia 23 tahun.

Kelima-lima suspek kini sedang dibicarakan dan kes tersebut menjadi perhatian kerana menimbulkan kemahiran pelbagai pihak terutamanya golongan wanita. - AFP

Artikel Sebelum

Turki Desak Penjelasan Perancis

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan