ALGIERS/ IN AMENAS, Algeria: Tentera Algeria menamatkan pengepungan oleh kumpulan militan di kilang gas di padang pasir Sahara di mana seramai 23 tebusan terbunuh, dengan serangan akhir yang mengorbankan kesemua penawan tebusan.Dipercayai antara 32 militan yang terbunuh adalah ketua mereka, iaitu Abdul Rahman al-Nigeri, seorang warga Nigeria yang rapat dengan komander berkaitan dengan al-Qaeda, Mokhtar Belmokhtar, yang dianggap sebagai dalang bagi serbuan itu. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Algeria, angka kematian tidak memberikan pecahan bilangan warga asing di kalangan tebusan yang terbunuh sejak kilang itu ditawan pada Rabu.Butiran hanya sedikit-sedikit mengenai apa yang berlaku semasa pengepungan, yang menandakan pergolakan yang serius di barat laut Afrika, di mana pasukan khas bersenjata Perancis menentang puak militan di negara jiran Mali.Kementerian Dalam Negeri Algeria pada Sabtu berkata, seramai 107 tebusan warga asing dan 685 tebusan rakyat Algeria diselamatkan, tetapi tidak memberikan butiran terperinci mengenai kematian.“Kami merasakan satu perasaan yang tidak tenteram, kita bimbang mengenai berita buruk yang akan diterima dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata Ketua Eksekutif syarikat Norway, Statoil iaitu Helge Lunch, yang mengendalikan kilang itu bersama syarikat Britain, BP dan syarikat minyak Algeria.“Mereka (tebusan) yang memberitahu kita menterjemahkan bahawa ia merupakan pengalaman yang dahsyat dan luar biasa,” katanya. - REUTERS