suria

AS Tidak Akan Berunding Dengan Militan Algeria

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan tidak akan berunding dengan 'pengganas' selepas kumpulan bersenjata Islam yang menjadikan tebusan pekerja di loji gas Algeria, menuntut pertukaran dengan tahanan di penjara AS.

“Amerika Syarikat tidak akan berunding dengan pengganas," kata jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland.

Beliau ditanya pemberita mengenai tuntutan penculik berkenaan yang mahu menukar tebusan asing dengan tahanan di penjara AS.

Agensi berita ANI melaporkan, pemimpin jihad, Mohktar Belmokhtar mencadangkan pertukaran antara tebusan dengan tahanan di penjara Amerika Syarikat, termasuk membebaskan warga Mesir, Omar Abdul Rahman dan pakar sains Pakistan, Aafia Siddiqui.

Abdul Rahman didakwa memainkan peranan dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993.

Siddiqui pula ditahan di Afghanistan atas tuduhan membunuh pegawai AS pada 2008.- AFP

Artikel Sebelum

TPM Thailand Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain