suria

Wanita Terbang Dari Malaysia Bantu Cari Anak Di Sydney

MELBOURNE: Ibu kepada pramugara Virgin Australia yang hilang dari kediamannya di timur Sydney, kini berada di Australia untuk membantu usaha mencari anaknya.

Akhbar Morning Herald melaporkan Michele Pippen tiba dari Kuala Lumpur pada Selasa setelah mendapat khabar bahawa anak lelakinya Benjamin Roper tidak dapat dikesan setelah meninggalkan rumahnya di Randwick, Sydney pada kira-kira 7 malam, 26 Januari.

Polis berkata mereka amat prihatin dengan nasib lelaki berusia 32 tahun itu, yang bekerja dengan syarikat penerbangan berkenaan sejak lima tahun lepas.

"Dia ada ramai kawan, yang dijalin melalui kerja dan ketika membesar di kawasan pinggir bandar sebelah timur.

"Semua orang memberi sokongan dan ini sesuatu yang amat menyentuh perasaan. Ia juga menguatkan semangat saya. Amat terharu rasanya apabila mengetahui setiap orang menunjukkan keprihatinan mereka," kata Pipen kepada akhbar itu.

Roper meninggalkan telefon bimbitnya, kereta dan barangan lain di rumah milik keluarganya di Prince Street, Randwick, tempat dia tinggal sejak kanak-kanak.

Polis berkata keadaan itulah yang menyebabkan kehilangannya menimbulkan pelbagai persoalan.

Dia dipercayai membawa dompet dan iPod.

Kakak Roper, Rachel, juga pulang ke Australia dari Sepanyol, untuk membantu usaha mencarinya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

NASA Lancar Satelit Komunikasi

Artikel Berikut

Artikel Lain