suria

Korea Utara Halakan Peluru Berpandu Ke Arah AS

SEOUL: Korea Utara telah dikesan menghalakan peluru berpandu jarak sederhana ke arah pantai Timur negara berkenaan sekaligus mencetuskan kebimbangan yang negara itu berhasrat mahu melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat.

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-jin berkata, tindakan tersebut bagaimanapun tidak berupaya mengancam Amerika Syarikat.

Tindakan itu juga katanya, tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda gerakan ketenteraan secara besar-besaran.

Korea Utara dikesan bertindak demikian beberapa jam selepas mereka mengeluarkan amaran yang pihak tentera telah menerima kebenaran untuk menyerang mana-mana kepentingan ketenteraan Amerika Syarikat menggunakan senjata nuklear bersaiz sederhana seandainya berasa terancam.

Artikel Lain