BANDA ACEH: Pasukan polis Indonesia, menahan 80 etnik Islam Rohingya dari Myanmar di luar kepulauan Sumatera selepas bot mereka sesat dalam pelayaran ke Malaysia.Menurut jurucakap polis, September Sembiring, kesemua pelarian tersebut, termasuk lima wanita dan enam kanak-kanak tiba di Pulo Aceh pada awal pagi. "Bot mereka berada dalam keadaan baik dan mereka juga mempunyai bekalan makanan serta minyak yang cukup."Mereka dalam perjalanan ke Malaysia, namun sesat sehingga memasuki kawasan perairan negara ini," katanya. - AFP