suria

Pesawat Terhempas: Dua Juruterbang Maut di Republik Dominican

SANTO DOMINGO: Dua juruterbang maut apabila pesawat kecil terhempas dalam laut ketika pertunjukan udara di ibu negara Republik Dominican, pagi Isnin.

Juruterbang tentera itu hilang kawalan ketika membuat aksi lagak ngeri.

Pesawat itu kemudiannya berpusing dan terhempas ke dalam laut ketika disaksikan ribuan penonton di Santo Domingo.

Pesawat itu terhempas kira-kira 500 meter dari tempat duduk penonton.

Mayat kedua-dua juruterbang dikenali sebagai Carlos Manuel Guerrero, 25 dan Rafael Sanchez, 27, ditemui penyelam angkatan tentera laut dan tentera udara. - AP

Artikel Lain