MANILA: Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter, menggegar Kepulauan Batan, utara Filipina pagi Khamis, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran tersebut berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 4.2 kilometer. Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menyatakan, gegaran yang berlaku kira-kira 29 kilometer di timur Itbayat itu, turut dirasai di kawasan-kasawan pedalaman yang kurang penduduk.Dua gegaran susulan turut direkodkan, namun tiada laporan kerosakan dibuat.