BEIJING: Beijing mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dijangkiti selesema burung H7N9, kes pertama seumpamanya di utara China.Anak kepada pasangan peniaga poltri hidup dari kawasan subbandar di timur laut sebuah penempatan di sini dimasukkan ke Hospital Beijing Ditan selepas menunjukkan simptom selesema seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala pada pagi Khamis, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu. Kes itu disahkan susulan ujian oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan China pada awal pagi Sabtu.Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan manakala dua individu yang menjaganya sebelum ini tidak menunjukkan simptom selesema, kata jurucakap.Menurut Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan, setakat ini China mencatatkan 44 kes H7N9 termasuk 11 kematianSumber jangkitan masih belum dikenal pasti sejak wabak dikesan pada Mac.- BERNAMA