Dirce Navarro de CamargoSAO PAULO: Wanita terkaya Brazil, Dirce Navarro de Camargo meninggal dunia pada usia 100 tahun, lapor akhbar tempatan pada Ahad.Akhbar harian The Folha berkata, mendiang yang juga balu kepada pengasas konglomerat swasta Camargo Correa, mati di rumahnya kelmarin. Menurut majalah Forbes, beliau adalah orang keempat terkaya di Brazil dan wanita terkaya di negara itu dengan nilai pendapatan berjumlah AS$11.5 bilion.