KABUL: Tujuh krew kapal kargo maut selepas pesawat itu terhempas sebaik saja berlepas di pangkalan udara dikendalikan tentera Amerika Syarikat, kata pegawai pada Selasa.Anggota penyelamat bergegas di tempat kejadian selepas kapal itu terhempas di dalam kawasan pangkalan udara terbabit. Pangkalan itu adalah hab pengangkutan utama operasi tentera diketuai Amerika Syarikat di negara berkenaan."Kesemua tujuh anak kapal terbunuh dalam nahas itu," kata jurucakap NATO. - AFP