suria

Helikopter Bawa 9 Penumpang Terhempas

MOSCOW: Sebuah helikopter Rusia membawa sembilan orang penumpang termasuk pegawai-pegawai kanan perkhidmatan menyelamat terhempas di wilayah Irkutsk di selatan Siberia.

Insiden itu disahkan oleh seorang pegawai pada Isnin.

"Pasukan penyelamat telah tiba di lokasi kejadian dan menurunkan penumpang bersebelahan bangkai helikopter," kata timbalan menteri kecemasan wilayah, Valentin Nelyubov kepada agensi berita RIA Novosti.

Katanya, hanya sembilan penumpang berada di dalam helikopter tersebut dan bukannya 10 seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.

Helikopter itu katanya membawa sebanyak 1.9 tan bahan letupan bagi memecahkan blok ais di sebatang sungai. - AFP

Artikel Lain