CLEVELAND: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan tiga beradik yang disyaki terlibat dalam kes penculikan tiga wanita yang dilaporkan hilang kira-kira 10 tahun lalu di sini, pada Selasa.Tiga wanita terbabit, Amanda Berry, Gina DeJesus dan Michele Knight dipercayai diculik secara berasingan pada 2002, 2003 dan 2004, ditemui di rumah penduduk tempatan, Ariel Castro, 52, lokasi yang tidak jauh dari tempat ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang. Castro dan dua adik lelakinya, Pedro, 54, dan Oneil, 50, ditahan untuk siasatan lanjut.Bagaimanapun, motif penculikan dan lokasi mereka ditahan sebelum ini masih belum dijelaskan. - AFP