suria

Canberra Sasar Rakyat Asing Untuk Cukai Untung Modal

MELBOURNE: Belanjawan Kerajaan Australia dijangka menangani kelemahan yang menyaksikan pelabur luar mengelak daripada membayar cukai keuntungan modal semasa menjual hartanah di Australia.

Pejabat Percukaian Australia telah mengenal pasti kelemahan yang membolehkan rakyat asing yang menetap di negara itu menjual hartanah dan meninggalkan negara berkenaan tanpa membayar cukai tanah dan keuntungan modal.

"Adalah lebih baik dan bersesuaian jika rakyat asing membeli rumah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi dan membayar cukai," kata Menteri Dalam Negeri, Jason Clare kepada Nine Network.

Penolong Perbendaharaan, David Bradbury berkata, ekoran kelemahan itu, ada pelabur membuat keuntungan besar daripada jualan hartanah masing-masing.

"Ia membimbangkan kerajaan kerana ada kes pelabur asing memperoleh keuntungan besar dengan memindahkan keuntungan daripada jualan itu ke akaun pesisir," katanya kepada News Limited.

Pejabat Percukaian Australia sedang menyiasat lebih 100 pembayar cukai Australia yang dipercayai terlibat melarikan cukai luar pesisir. - BERNAMA

Artikel Lain