suria

Estrada Dahului Undi Jawatan Gabenor Manila

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada kini mendahului pengiraan undian untuk pemilihan Gabenor Manila, jawatan pertamanya sejak disingkirkan pada 2001 atas tuduhan rasuah.

Keputusan lain bagi pemilihan ahli kongres dan kerajaan tempatan adalah sembilan calon yang disokong Presiden Benigno Aquino III yang mendahului awal berbanding tiga calon pembangkang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Sixto Brillantes, berkata beliau menjangkakan peratusan pemilih keluar mengundi mencapai 70 peratus pada pilihan raya kali ini.

Lebih 52 juta pemilih berdaftar akan memilih 18,000 pegawai, termasuk separuh daripada 24 anggota senat, kira-kira 300 anggota Dewan Perwakilan dan pemimpin di wilayah autonomi Islam di selatan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain