suria

Tiga Angkasawan Soyuz Selamat Mendarat Ke Bumi

MOSCOW: Kapsul angkasa Soyuz yang membawa pulang tiga angkasawan lelaki ke bumi selamat mendarat di Kazakhstan pada Selasa.

Chris Hadfield dari Agensi Angkasa Kamada, Tom Marshburn dari NASA dan Roman Romanenko dari Agensi Angkasa Russia, mendarat di kawasan yang ditentukan di barat daya bandar Dzhezkazgan kira-kira pukul 8.31 pagi waktu tempatan.

Ketiga-tiga angkasawan itu melakukan pendaratan selepas menyertai misi 146 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Visual siaran langsung oleh NASA TV menunjukkan kapsul angkasa Soyuz TMA-07M perlahan-lahan menjunam dengan payung terjun dengan keadaan cuaca yang cerah. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain