BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh dalam beberapa siri serangan bom kereta di sini dan juga bandar pelabuhan Basra.Di ibu kota Iraq itu sahaja, lima buah kereta dilaporkan meletup berhampiran kawasan penduduk Syiah manakala dua lagi kereta dilaporkan meletup di Basra.