suria

Microsoft Akan Bekerjasama Dengan Universiti Yunnan China

BEIJING: Syarikat gergasi perisian Microsoft akan bekerjasama dengan Universiti Yunnan China untuk mewujudkan fakulti Teknologi Maklumat.

Langkah itu bertujuan membina satu platform yang boleh menyemaikan semangat inovasi, dan pada masa yang meningkatkan daya saing dan keupayaan bakat dari China dan Asia, demikian menurut naib presiden kanan Microsoft, Orlando Ayala disebut sebagai berkata oleh Xinhua News Agency.

Fakulti IT itu akan menawarkan pendidikan kolej empat tahun dengan diploma penuh. Microsoft juga menjangkakan perisian bahasa minornya akan dapat merancakkan pendidikan teknologi tinggi di Yunnan dan seterusnya menjadikan wilayah itu kuasa baharu dalam industri perisian China.

Perisian bahasa minor itu mempunyai 18 bahasa termasuk Thai, Hindi dan Melayu, dan dijangka dapat meningkatkan lagi pertukaran antara para pelajar China dan Asia Tenggara yang belajar di Yunnan.

Kedua-dua Microsoft dan Universiti Yunnan telah mula merancang sejak tahun lepas, untuk bekerjasama dalam sektor-sektor seperti pembinaan IT, industri perisian, latihan bakat dan komunikasi teknologi. - BERNAMA

Artikel Lain