suria

Hujan Lebat Landa Selatan Thailand, Cetus Kebimbangan Berlaku Tanah Runtuh

BANGKOK: Hujan lebat dilaporkan melanda di kebanyakan wilayah selatan Thailand pada Isnin sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku tanah runtuh, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Di wilayah Phangnga, banyak pokok tumbang manakala beberapa rumah rosak akibat angin kencang dan ribut yang melanda daerah Takua Pa.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran berjaga-jaga susulan ombak setinggi tiga meter dijangka membadai Laut Andaman dan Teluk Thailand.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain