BEIJING: China akan menaikkan harga petrol dan diesel runcitnya masing-masing sebanyak 100 yuan (US$16.16) setan metrik dan 95 yuan (US$15.35) setan metrik, berkuat kuasa Sabtu ini, demikian umum National Development and Reform Commission (NDRC) pada Jumaat.Dengan kenaikan itu, kali ketiga tahun ini, harga bagi petrol dan diesel akan meningkat masing-masing sebanyak 0.07 yuan seliter dan 0.08 yuan seliter, kata agensi perancangan ekonomi itu. Harga runcit petrol dan diesel kali terakhir diselaraskan NDRC pada 6 Jun, mengurangkannya masing-masing sebanyak 95 yuan setan metrik dan 90 yuan setan metrik, bermula 7 Jun.Di bawah mekanisme penetapan harga bahan api semasa China, NDRC boleh melaraskan harga petrol dan diesel apabila kumpulan harga minyak antarabangsa berubah sebanyak lebih 4 peratus bagi tempoh 10 hari bekerja.China mengurangkan tempoh pelarasan bagi harga bahan api kepada tempoh 10 hari bekerja daripada 22 hari sejak Mac. -BERNAMA