GAUCHAR (India): Sekurang-kurangnya 1,000 orang mangsa banjir dan tanah runtuh di utara India dilaporkan terkorban manakala beribu lagi masih terperangkap akibat hujang lebat yang tidak henti-henti.Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda negeri Uttarakhand yang terletak bersempadan dengan Tibet dan kaki gunung Himalaya itu sejak sembilan hari ini masih memerangkap lebih 8,000 orang termasuk para pelancong asing. Yashpal Arya, Menteri Bantuan Kecemasan untuk Uttarakhand, mengesahkan mengenai angka kematian itu ketika dihubungi agensi berita antarabangsa, AFP.Para penganut Hindu mengelar Uttarakhand dengan nama "Tanah Para Dewa".Bagaimanapun banjir dan hujan lebat yang melanda itu muncul pada kemuncak penganut agama Hindu melakukan kunjungan keagamaan di negeri tersebut termasuklah para pelancong asing.Sekurang-kurangnya 1,000 buah jambatan disahkan musnah akibat limpahan air sungai dan tanah runtuh.Malah terdapat beberapa buah kampung dilaporkan lenyap sama sekali dilanda banjir dan arus yang kuat.Seorang doktor, J.P. Semwal, 65, isteri dan dua anaknya menjadi saksi bagaimana mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan sepanjang 20 kilometer dari pekan mereka Kedarnath menuju ke Guptkashi.Sementara itu sekumpulan 14 orang pendaki Sepanyol yang terperangkap dalam salji tebal selama empat malam di Laluan Kalindi di kaki Pergunungan Himalaya telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari situ.