Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di luar istana presiden di Kaherah, Mesir, bagi menuntut supaya Presiden, Mohamed Morsi digulingkan. Foto AFPKAHERAH: Ratusan ribu menyertai perhimpunan jalanan di Kaherah dan beberapa bandar lain di Mesir pada Ahad (waktu Mesir) dan berarak ke istana presiden dalam mendesak supaya Presiden, Mohammed Morsi digulingkan.Penunjuk perasaan terutama di kalangan golongan muda terutamanya dari kawasan sekitarnya menuju ke ibu pejabat Morsi dengan melemparkan batu dan bom api sehingga berlaku satu kebakaran di pintu pagar. Penyokong Morsi pula berada di kawasan yang dikawal, dengan pertembungan yang berlaku mengakibatkan sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan terbunuh.Sekurang-kurangnya lima lagi penunjuk perasaan anti-Morsi terbunuh pada Ahad dalam satu insiden pertempuran dan tembakan di selatan Mesir. - AP