suria

Jenaka Kek Kokain 'Tidak Enak' - Carrefour Argentina

BUENOS AIRES: Carrefour Argentina pada Isnin bersungguh-sungguh memberi jaminan kepada pelanggan selepas kek istimewa daripada pembekalnya dikatakan mempunyai "12 gram kokain" dalam kandungan bahannya.

Rangkaian pasaraya Perancis itu yang mempunyai lebih dari 500 kedai di seluruh Argentina menyatakan kekesalannya terhadap 'jenaka tidak enak' yang dilihat dibuat oleh seorang pekerja di syarikat pembekal.

"Kami di Carrefour Argentina ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa tidak ada bahan yang luar biasa dalam kek jenama Carrefour," kata kenyataan syarikat, sambil berkata tiada kek dengan label berkenaan telah ditarik balik dari rak.

Ramai orang berjenaka dalam talian yang selepas negara jiran, Uruguay tidak membenarkan ganja dalam undang-undang negara: "untuk Carrefour, kokain adalah dibenarkan," seorang pengguna media sosial, Lilia, menulis tweet.

Pemimpin kartel dadah "Pablo Escobar, di syurga, pastinya berfikir 'mengapa saya tidak merasai ini?'" seloroh pengguna, Gustavo Ramirez di Facebook.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain