FRANKFURT: Syarikat penerbangan nombor satu Jerman, Lufthansa pada Selasa berkata bilangan penumpangnya meningkat pada Januari.
Lufthansa dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu membawa 6.94 juta penumpang pada bulan lepas, meningkat 2 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.
Pada masa yang sama, syarikat penerbangan itu mengurangkan bilangan penerbangannya sebanyak 1.2 peratus. - AFP