KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan Luzon, Filipina pada pukul 1.56 petang Isnin.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu berpusat 49 kilometer dari barat laut bandar raya Laoag, Filipina dan 1,358 km timur laut Kudat, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. -BERNAMA