suria

Letupan Bom Korbankan 3 Anggota Polis Bahrain

DUBAI: Satu letupan bom di sini telah mengorbankan tiga anggota polis termasuk seorang warganegara Bahrain ketika pihak berkuasa bertembung dengan penunjuk-penunjuk perasaan berhampiran Manama.

Ini adalah korban terbesar dalam krisis di antara pihak berkuasa dengan mereka yang menunjuk perasaan sejak 2011.

Beberapa saksi berkata mereka mendengar bunyi letupan sewaktu pihak polis mahu menyuraikan penunjuk-penunjuk perasaan berhampiran petempatan Syiah di sebuah kawasan pinggir bandar bernama Daih.

Penganut fahaman Syiah telah melancarkan tunjuk perasaan ke atas kerajaan suni Bahrain sejak Februari 2011.

dubai, polis, bom, bahrain

Artikel Lain