suria

Hyundai Akan Buka Kilang Ke Empat Di China

SEOUL: Pembuat kereta terbesar Korea Selatan, Hyundai Motor mengumumkan pada Rabu yang mereka akan menandatangani perjanjian baru dengan China untuk membina kilang pengeluaran yang keempat di negara itu.

Pengerusinya, Chung Mong-Koo akan menandatangani perjanjian itu bagi pihak Hyundai pada Khamis.

Hyundai mengeluarkan 300,000 unit kereta setahun dan 1.05 juta unit pelbagai kenderaan lagi adalah dihasilkan menerusi tiga kilangnya sedia ada di Beijing.

Kilangnya yang keempat akan dibina di bandar perusahaan Chongqing dan dijangka siap menjelang 2016.

Chongqing mempunyai populasi berjumlah 30 juta orang.

Anak syarikat Hyundai, Kia Motors mempunyai tiga kilang utama di wilayah Jiangsu yang boleh menghasilkan 740,000 unit kenderaan setahun.

Artikel Lain