suria

Gempa Bumi Catat Lima Kematian, Chile Diisytihar Zon Bencana

Kawasan pantai Costa Verde di Peru ditutup ekoran amaran tsunami. -fotoAFP
SANTIAGO: Gempa bumi 8.2 magnitud yang melanda utara Chile pada Selasa dan mencetuskan amaran tsunami mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang, kata menteri dalaman negara itu.

Mangsa-mangsa terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita meninggal dunia di bandar Iquique dan Alto Hospicio sama ada akibat serangan jantung atau terkana serpihan, kata menteri Rodrigo Penalillo.

Sementara itu, Presiden Michelle Bachelet mengisytiharkan bahagian utara Chile sebagai zon bencana.

Bachelet berkata beliau akan pergi ke kawasan-kawasan di Arica dan Tarapaca pada Rabu, dan menghantar pegawai-pegawai tentera ke kawasan terbabit untuk mencegah kecurian dan gangguan.
Chile, gempa bumi, kematian, zon bencana

Artikel Lain