suria

Rakyat Afghanistan Mengundi Pilihan Raya Presiden Dengan Ketiadaan Tentera AS

Polis Afghanistan membuat pengawasan di Kabul, Afghanistan menjelang hari pengundian. -foto AP
KABUL: Berjuta-juta rakyat Afghanistan dijangka berdepan ancaman Taliban pada pilihan raya Presiden Sabtu, selepas Presiden Hamid Karzai memegang jawatan itu sejak 13 tahun lalu.

Pilihan raya kali ini mencatat sejarah kerana ia menandakan peralihan kuasa secara demokrasi selepas mendapat campur tangan AS yang panjang di negara ini.

Kumpulang penentang telah menolak pilihan raya sebagai plot negara asing, dan mendesak pejuang untuk menyerang kakitangan pusat mengundi, pengundi dan pasukan keselamatan.

Pilihan raya presiden Afghanistan yang ketiga aakan mengakhiri pemerintahan 13 tahun oleh Karzai, sejak Taliban digulingkan dalam serangan yang diketuai AS pada tahun 2001.

Pasukan gabungan NATO membawa pulang 51,000 tentera tahun ini, meninggalkan Afghanistan untuk bertempur dengan pemberontak Taliban tanpa bantuan mereka.

Keselamatan proses pengundian adalah satu kebimbangan utama berikutan rentetan serangan berprofil tinggi di ibu negara di Kabul baru-baru ini dengan pengeboman berani mati di Kementerian Dalam Negeri pada Rabu yang mengorbankan enam pegawai polis.

Menteri Dalaman Omar Daudzai berkata seramai 400,000 petugas yang terdiri daripada polis, tentera dan perkhidmatan perisikan Afghanistan dikerahkan untuk memastikan keselamatan di seluruh negara.

Walaupun tiada serangan besar-besaran ke atas calon-calon, rumah tamu sebuah badan amal, hotel mewah dan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas semuanya telah menjadi mangsa serangan.

Malam sebelum hari pengundian dibayangi oleh pembunuhan jurugambar Associated Press yang memenangi anugerah, Anja Niedringhaus yang ditembak oleh seorang Komander polis di timur Afghanistan.

Niedringhaus, 48, adalah wartawan ketiga yang bekerja untuk media antarabangsa yang dibunuh di Afghanistan semasa kempen pilihan raya, selepas wartawan Sweden Nils Horner dan Sardar Ahmad dari Agence France- Presse.

Horner ditembak mati di jalan di Kabul, manakala Ahmad telah dibunuh bersama-sama dengan isteri dan dua daripada tiga anaknya dalam serangan Taliban di bandar ini di Serena Hotel.


Pusat-pusat undian akan dibuka pada pukul 7.00 pagi (0230 GMT) dan ditutup pada pukul 4.00 petang, dengan kira-kira 13.5 juta orang yang layak untuk mengundi daripada jumlah penduduk dianggarkan sebanyak 28 juta.

Bagi pusingan pertama pilihan raya presiden, pengundi juga akan membuang undi untuk ahli majlis wilayah.

Karzai yang tidak boleh bertanding lagi mengikut perlembagaan akan digantikan dengan salah seorang calon bertanding yang merupakan bekas Menteri Luar Zalmai Rassoul , Abdullah Abdullah, pemenang tempat kedua dalam pilihan raya 2009 dan bekas ahli akademik Ashraf Ghani.

Tidak ada calon kegemaran yang jelas dan jika tidak ada calon menang lebih daripada 50 peratus undi dalam pusingan pertama, keputusan awal dijangka akan diumumkan pada 24 April.
Kabul, pilihan raya, Presiden

Artikel Lain