suria

Putera George Tiba New Zealand Untuk Lawatan Pertama Ke Luar Negara

Putera George bersama bapanya, William dan Katherine ketika tiba di New Zealand.
WELLINGTON: Putera George pada Isnin tiba di New Zealand bersama ibu bapanya, Putera William dan Catherine untuk lawatan rasmi.

Lawatan ke luar negara ini adalah yang pertama selepas bayi ini berusia lapan bulan, kata seorang wartawan AFP.

Angin kencang, hujan dan penglihatan yang kabur menyambut ketibaan kerabat diraja Britain itu di Wellington sebagai negara pertama dalam rangka lawatan tiga minggu ke New Zealand dan Australia.

Ini akan menjadi lawatan pertama George yang dapat dilihat di khalayak ramai sejak kelahirannya pada 22 Julai tahun lepas.

Bayi itu bagaimanapun hanya akan dibawa ke beberapa majlis tertentu sepanjang lawatan, kata keluarga kediaman Kensington Palace.

Bagi Kate yang memakai baju merah dan topi melangkah keluar dari pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand, ia adalah lawatan pertama ke dua negara tersebut tetapi bagi William lawatan ke New Zealand dan Australia telah dilakukan beberapa kali.

Putera Charles dan Puteri Diana membawanya bersama mereka dalam lawatan pada bulan Mac dan April 1983 dan lawatan beliau yang terbaru adalah pada tahun 2011 ketia beliau melawat mangsa gempa bumi di Christchurch dan banjir dahsyat di Australia.

Duke dan Duchess of Cambridge telah dilayan seperti selebriti apabila mereka melawat Kanada tidak lama selepas perkahwinan mereka pada tahun 2011 manakala tahun lalu mereka melawat Singapura, Malaysia, Kepulauan Solomon dan Tuvalu sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.

Lawatan mereka telah mencetuskan minat mendalam di New Zealand, dengan banyak perbincangan termasuklah sama ada kerusia Putera George di kereta telah dipasang dengan betul dan sama ada negara ini perlu mengekalkan pemerintahan beraja.

Artikel Lain