suria

Cabaran Penjaga Gol Kudung

DALAM bola sepak, tugas sebagai penjaga gol merupakan tanggungjawab sukar kerana perlu mengawasi ruang yang akan memberi mata atau kemenangan kepada pihak lawan.

Tugas itu juga memerlukan dua belah tangan yang dilengkapi dengan sarungnya untuk menepis keluar cubaan bertali arus daripada pihak lawan.

Tapi bayangkan, betapa sukarnya bagi seorang penjaga gol yang hanya memiliki sebelah tangan untuk mengawal gawangnya.

Namun kecacatan itu tidak menjadi halangan kepada Tudorel Mihailescu, 48, untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol.

Bukan setakat itu, malah Mihailescu kini menjadi penjaga gol penting untuk pasukan yang diwakilinya iaitu skuad Vulcan di Romania.

Sejak awal tahun ini, Mihailescu berjaya membantu pasukannya mencapai keputusan cemerlang. 

Romania, Vulcan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain