Penjaga Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti, Kyai Muzakkin berkata puluhan calon yang datang ke pondok itu berasal dari Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Madura, Bali serta daerah sekitarnya.
"Mereka datang ke tempat ini sejak Khamis malam secara silih ganti," katanya seperti dipetik agensi berita Antara, Ahad.
Beliau berkata jumlah mereka yang datang ke pondok itu tahun ini lebih ramai berbanding 23 orang pada Pemilu 2009.
"Jumlah ini dijangka bertambah kerana perolehan undi adalah berdasarkan kiraan awal dan belum ada keputusan rasmi," katanya.
Beliau berkata pondok pesantrennya yang terletak di Jalan Raya Sekanor atau lebih dikenal dengan "Ponpes Jin", mempunyai pusat rehabilitasi dan dadah sejak dulu, dan menangani beberapa pesakit yang mengalami masalah psikologi seperti stres.
"Beberapa pesakit yang datang, kondisinya mengalami tekanan serius kerana gagal memperoleh sokongan dari rakyat. Beberapa anggota keluarga yang menghantar calon itu juga bercerita saudara mereka itu bersikap aneh dan bercakap sendiri," katanya.
Pihaknya menyediakan ruangan khusus kepada sejumlah pesakit itu kerana mereka sering memberontak dan marah kepada setiap orang yang ditemui.