suria

Penyamun Simpan Barang Curi Dalam Perut

Barangan yang dicuri suspek berjaya dikeluarkan dari ususnya menerusi pembedahan.

KELICIKAN seorang penyamun menyimpan barangan yang dicuri di dalam perut iaitu dengan menelannya sejak hampir 20 tahun lalu akhirnya terbongkar.

Suspek, Dariusz Piotrowsk, 39, sering menelan barangan yang dicuri sementara menunggu pembeli bagi mengelak dia ditahan dan dipenjara.

Tanpa barangan curi yang boleh dijadikan bukti, pihak berkuasa tidak dapat menjatuh hukuman ke atas suspek.

Bagaimanapun tindakan Piotrowsk akhirnya terbongkar apabila dia mengadu mengalami kesakitan dalam perut selepas ditahan polis kerana menyamun dan menjual barangan curi.

Hasil imbasan x, pasukan perubatan terkejut melihat objek yang begitu banyak di dalam perut suspek.

Antara barangan tersebut ialah enam jam tangan, garpu, sudu, pemetik api, rokok dan objek lain yang digunakan untuk menyamun.

Penemuan barangan curi itu juga mengakhiri siasatan polis terhadap suspek sejak sekian lama kerana berhubung tindakannya yang sering menyamun terutamanya wanita.

Poland, rokok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain