suria

Feri Karam: Tindakan Kapten 'Sama Seperti Membunuh' - Presiden Korea Selatan

Gambar fail Park Geun-Hye (kiri) menunjukkan beliau bercakap di hadapan ibu bapa kepada pelajar sekolah yang merupakan sebahagian besar penumpang feri yang karam Rabu lalu, di sebuah gimnasium di Jindo, Korea Selatan Khamis lalu. Foto AP

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye pada Isnin berkata, tindakan kapten dan anak kapal feri yang membawa 476 orang, yang karam lima hari lalu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan "sama seperti membunuh".

"Tindakan kapten dan beberapa anak kapal adalah sama sekali tidak boleh difahami, tidak boleh diterima dan sama seperti pembunuhan," kata kediaman rasmi presiden Blue House yang memetik Park sebagai berkata dalam pertemuannya dengan pembantu kanan.

"Bukan sahaja hati saya, tetapi hati semua rakyat Korea Selatan hancur yang dipenuhi dengan kejutan dan kemarahan," kata Park yang tersentuh ketika bertemu ahli keluarga kepada ratusan penumpang yang masih hilang, di mana kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar sekolah.

Ahli keluarga mangsa mengkritik maklum balas pegawai rasmi berhubung bencana itu dengan berkata, usaha awal menyelamat tidak mencukupi dan tindakan itu tidak diuruskan dengan baik.

Park berkata, adalah secara jelas menunjukkan Kapten Lee Joon-Seok tidak sepatutnya melewatkan pemindahan penumpang dari feri yang mulai karam.

Lee ditahan bersama-sama dengan seorang jurumudi dan pegawai kapal ketiga yang kurang berpengalaman pada Sabtu lalu lalu, yang mengendalikan penghubung ketika feri berkenaan mula mengalami masalah.

"Ini benar-benar tidak dapat dibayangkan, secara sah dan beretika ," katanya, sambil menambah bahawa semua pihak berkaitan insiden itu, dari pemilik, kepada pemeriksaan keselamatan dan juga anak-anak kapal akan disiasat dan kesemua mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian "yang boleh dianggap jenayah" itu. - AFP



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain