Pesuruhjaya KPU Hadar Nafis Gumay berkata kelewatan mungkin berlaku kerana suruhanjaya itu masih melakukan pengiraan semula undi di semua pusat mengundi di Nias Selatan, Sumatera Utara.
Katanya, urusan mengira semula undi mungkin menjejaskan proses penyediaan rumusan yang dijadual dilakukan mulai hari ini hingga 6 Mei.
Hadar berkata penyediaan logistik sukar dibuat memandangkan pemilihan umum baru sahaja diadakan dua minggu lepas (9 April) dan kini KPU sibuk dengan proses membuat rumusan nasional.
"Kami meramalkan keperluan logistik sangat besar serta perlu melalui tender dan ini memerlukan banyak masa," katanya.
Hadar berkata Agensi Pemantauan Pemilihan Umum mengesyorkan agar kiraan semula undi dilakukan di 1,085 pusat mengundi, melibatkan 249,137 pemilih.