PRETORIA: Afrika Selatan pada Ahad meraikan ulang tahun ke-20 berakhirnya penindasan kaum di bawah sistem apartheid menerusi pilihan raya demokratik. Sambutan pada Ahad itu dilakukan menerusi perarakan di jalanan, ucapan, doa, muzik dan upacara tentera memberikan penghormatan. Presiden, Jacob Zuma mengetuai perayaan utama di Bangunan Union, yang menempatkan kerajaan di Pretoria, di mana pemimpin-pemimpin generasi apartheid banyak menulis undang-undang perkauman dengan pemimpin kulit hitam pertama Afrika Selatan, Nelson Mandela yang berjuang sepanjang sebahagian besar hidupnya. Bagi kebanyakan rakyat Afrika Selatan, ia membawa kembali kenangan manis tentang peristiwa hitam di mana pengunndi kulit hitam, India dan campuran berdiri dan berbaris panjang untuk membuang undi pertama mereka. - AFP