ABUJA: Sebuah kereta yang dipasang bom meletup di terminal bas di pinggir ibu negara Nigeria, Abuja, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang pada Khamis, hanya beberapa minggu selepas satu serangan bom yang mengakibatkan banyak kematian di tempat yang sama. Dilaporkan bahawa satu kumpulan pelampau yang membunuh beribu-ribu orang dalam tempoh pemberontakan selama lima tahun disyaki bertanggungjwab terhadap kejadian itu. Letupan itu berlaku di terminal bas Nyanya yang dipenuhi ramai orang, hanya beberapa kilometer dari tengah bandar Abuja, dan pekerja kecemasan berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan mereka yang cedera, kata Manzo Ezekial, jurucakap untuk Agensi Kecemasan Kebangsaan (NEMA). Beliau memberitahu AFP bahawa tugas-tugas menyelamat begitu sukar kerana keadaan gelap di stesen itu pada waktu malam. Satu letupan bom pada 14 April lalu mensasarkan pengguna pengangkutan di terminal Nyanya pada waktu pagi, yang mengorbankan 75 orang, menjadikan ia merupakan serangan yang mencatatkan paling banyak kematian di Abuja. Ketua pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau, diisytiharkan sebagai pengganas global oleh Amerika Syarikat (AS) berkata, kumpulan itu melakukan letupan bom pada 14 April menerusi satu mesej pesanan video yang diperoleh AFP. - AFP