suria

Feri Karam: 8 Lagi Mangsa Ditemui, 236 Disahkan Maut

JINDO (Korea Selatan): Angka kematian tragedi feri karam terus meningkat kepada 236 orang apabila pasukan penyelamat bertungkus lumus meneruskan operasi disebalik arus deras dan pelbagai objek terapung di sekitar lokasi kejadian.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan, mayat lapan lagi mangsa ditemui pada Sabtu, menjadikan 236 penumpang feri itu disahkan maut setakat ini, manakala 66 lagi masih hilang.

Kejadian yang memasuki hari ke 18 itu berlaku apabila feri seberat 6,825 tan itu tenggelam pada 16 April lalu.

Penumpang kabin feri itu diantara 64 yang masih terperangkap di mana setakat ini 58 kabin berjaya dimasuki. Bagaimanapun, laluan ke baki kabin terhalang kerana banyak objek terapung seperti perabot dan sampah, selain masalah arus deras yang menyukarkan penyelelam menjalankan operasi.

Semua 487 penumpang feri berkenaan termasuk 325 pelajar sekolah tinggi dan 24 guru. Kejadian itu mendorong seluruh negara itu berkabung.

Tragedi itu juga menyebabkan Perdana Menteri Korea Selatan, Chun Hong Won letak jawatan.

Artikel Lain